09 April 2013

Catitan tentang Nenda : Part 5 – Doa buat nenda


Sehingga saat ini, bila terkenangkan arwah air mata berlinang tanpa segan. Sebagai Cucu ak akan sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk arwah. Semoga Arwah wan nenda yang kami yang tercinta di tempatkan bersama orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya, & Rohnya tenang di sana - Amin. Arwah wan dalam kenangan & sentiasa di ingatan - Al Fatihah

Catitan tentang Nenda : Part 4 - Role Model


Arwah sememangnya role model terbaik yang boleh di jadikan contoh sebagai Nenek, Ibu & juga Isteri. Ak bangga di lahirkan sebagai cucunya, dia seorang yang sangat pandai memasak, menjahit, mengandam pengantin, peramah, pemurah, baik hati. Dia rajin bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan bantuan, ,malah dia gemar tolong carikan ibu & ayah angkat untuk anak-anak yatim. Dari kecil umur sekolah rendah ak bersama sepupu ak mesti kena hantar balik kampong masa cuti sekolah, kami cucu yang perempuan akan di kerahkan masuk ke dapur memasak, sehingga kan tradisi tu memang ak terbawak-bawak bila ade di kampong pkul 10 a.m semua cucu perempuan termasuk yang dah 20 lebih tahun ni akan faham-faham sendiri masuk dapur. Walaupun secara tak langsung ak berterima kasih kepadanya untuk itu betul kata & pesanannya masa ak kecil-kecil dulu, jangan jadi perempuan yang tak pandai masak nanti dah besar lepas kawin pun tak reti masak. Tengoklah zaman sekarang memang reality pun ape yang arwah pesan mase ak kecil-kecil dulu di mana masa tu memang terasa pelik cucu sekolah rendah di pesannya begitu. Ak tak adela handal tahap masterchef memasak, tapi boleh lah memasak & confident nak hidang bagi orang makan.

Catitan tentang Nenda: Part 3 - Teman Hidup


Teratak ini terasa amat sunyi semenjak pemergian arwarh, tambah lagi bila ak bersama atuk , pak the & shafiq di kampong, sunyi tu jelas terasa. Ak rasa sangat sedih bila terkenangkan atuk & pak teh di kampung, ak yang setahun jagung hidup selama 24 tahun ni pun sedih & ambil masa untuk reda menerima ketiadaan arwah. Inikan pula atuk yang sudah lebih 50 tahun hidup bersama arwah,seperti kembar yang kemana-mana bersama, hidup susah senang bersama.  Mereka sememangnya contoh yang perlu di pandang tinggi oleh anak cucu melihat kesetiaan terhadap satu sama lain. Hingga sekarang dari belakang ak perhatikan gerak geri atuk, bukan sengaja tapi sekadar terlihat. Apa yang boleh ak katakan ak boleh rasakan seperti Separuh Jiwanya pergi bersama isteri tercintanya. Ak tak mampu nak bayangkan perasaan atuk pasti ini dugaan yg sangat berat untuknya,  inikan kami, cucu-cucu & anaknya mengemas pakaian & tempat tidur arwah boleh menitis air mata rasa rindu semakin kuat bila mengemas barang-barangnya inikan pula atuk. Tapi Syukur Alhamdullilah ak tahu atuk memang kuat semangatnya, jika di lihat pada kasarnya dia sudah meneruskan kehidupan, dia menghabiskan seharian masanya mengaji  di waktu lapang dari subuh dan sambung semula bila dia lapang, ak tahu saat dia membaca ayat-ayat itu mungkin dia rindu kepada cinta hatinya. 

Catitan tentang Nenda : Part 2 - Kenangan

Kalau nak di ceritakan tentang kenangan bersama arwah banyak sangat, tapi kenangan yang paling buat ak tersenyum bila di ingat-ingat balik ialah sepanjang bulan-bulan terakhir beliau. Di saat kami meluangkan masa bersama arwah. Genap sebulan, tanggal 28 Feb 2013, Hari Khamis Malam Jumaat, dia pergi meningalkan kami. Sepanjang Bulan Feb itulah masa-masa terakhir kami sekeluarga meluangkan masa bersama arwah di Port Dickson & Kampung, sememangnya kami sekeluarga sering meluangkan masa bersama, tapi tak ak sangka itulah Family Day & kenduri terakhir kami bersama beliau, entah kenapa di terkenang-kenang senyuman yang terpancar di wajah wan di setiap ketika sepanjang bulan Februari tu di waktu kami bersama-sama bergelak ketawa bersama dia. Kitaorang bersenam wan turut bersenam sampai kitaorg cakap, ehh ehhh.. betul ke niiii?  Dia tersenyum & ketawa melihat telatah Anak-anak, & Cucu-cucunya. 

Ak takkan lupa masa atuk & arwah berjemur di bawah sinaran matahari pagi disudut tepi court tennis, gambaran tu masih segar dalam ingatan ak. Walhal Kami di sudut yang satu lagi. Bila kami nak tarik kerusinya ke tempat yang redup, dia kata biar la dia nak rasa duduk bawah matahari pagi. Dari jauh kami perhatikan dan semua hairan & berkata memang ajaib lah, seolah-olah keajaiban berlaku sebab wan lebih sihat & cergas dari waktu dia mula-mula sakit. Di bawah sinaran matahari tulah kami melihat dia dan atuk meluangkan masa bersama. Mereka seolah-olah menghayati saat itu dengan tenang melihat telatah anak dan cucunya bermain Tennis & Bola Jaring. Malahan di saat ak bermain Bola futsal pantai bersama adik, sepupu & pakcik di tepi pantai dia turut serta turun padang melihat kami bermain sambil berborak bersama makcik & pakcik yang lain.

Apa yang pasti di hari-hari terakhir beliau, senyuman tak lekang di setiap raut wajahnya. 

Catitan tentang Nenda: Part 1 - Panggilan


Memang tak sangka secepat itu seseorang yg kami sayangi menerima panggilan dari Ilahi, aku pasti dan tahu sememangnya semua terkesima disaat kami menerima sms dari Mak Dak, mengatakan Wan sudah pergi menyahut seruan Ilahi. Seolah-olah tak percaya dengan berita yg di terima dari mak dak. Namun di saat aku akur dengan kententuan ilahi, hati terasa hiba dan terkesima  terus mengalir air mata. Rasa seperti baru aku duduk bersama wan, atuk, abah, mama, makcik pakcik melihat senyumannya yang tak henti. Entahlah, perasaan sayu ak rasakan dalam hati , seolah hati merasakan belum pasti untuk percaya. Sehinggalah waktu ak tiba di kampong malam tu. Melihat wan di kelilingi oleh kaum keluarga barulah ak percaya & terasa sedih kerana pasti dia sudah pergi meninggalkan kami. Terus Terang ak katakan tika di saat ini pun kalau ada yang bertanya suruh menceritakan pasti air mata mengalir