Kalau
nak di ceritakan tentang kenangan bersama arwah banyak sangat, tapi kenangan
yang paling buat ak tersenyum bila di ingat-ingat balik ialah sepanjang
bulan-bulan terakhir beliau. Di saat kami meluangkan masa bersama arwah. Genap
sebulan, tanggal 28 Feb 2013, Hari Khamis Malam Jumaat, dia pergi meningalkan
kami. Sepanjang Bulan Feb itulah masa-masa terakhir kami sekeluarga meluangkan
masa bersama arwah di Port Dickson & Kampung, sememangnya kami sekeluarga
sering meluangkan masa bersama, tapi tak ak sangka itulah Family Day &
kenduri terakhir kami bersama beliau, entah kenapa di terkenang-kenang senyuman
yang terpancar di wajah wan di setiap ketika sepanjang bulan Februari tu di
waktu kami bersama-sama bergelak ketawa bersama dia. Kitaorang bersenam wan
turut bersenam sampai kitaorg cakap, ehh ehhh.. betul ke niiii? Dia tersenyum & ketawa melihat telatah
Anak-anak, & Cucu-cucunya.
Ak takkan lupa masa atuk & arwah berjemur di
bawah sinaran matahari pagi disudut tepi court tennis, gambaran tu masih segar
dalam ingatan ak. Walhal Kami di sudut yang satu lagi. Bila kami nak tarik
kerusinya ke tempat yang redup, dia kata biar la dia nak rasa duduk bawah
matahari pagi. Dari jauh kami perhatikan dan semua hairan & berkata memang
ajaib lah, seolah-olah keajaiban berlaku sebab wan lebih sihat & cergas
dari waktu dia mula-mula sakit. Di bawah sinaran matahari tulah kami melihat
dia dan atuk meluangkan masa bersama. Mereka seolah-olah menghayati saat itu
dengan tenang melihat telatah anak dan cucunya bermain Tennis & Bola
Jaring. Malahan di saat ak bermain Bola futsal pantai bersama adik, sepupu
& pakcik di tepi pantai dia turut serta turun padang melihat kami bermain
sambil berborak bersama makcik & pakcik yang lain.
Apa yang pasti di hari-hari terakhir beliau, senyuman tak lekang di setiap raut wajahnya.
No comments:
Post a Comment